ISLAM adalah Agama yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT
kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan seorang Nabi dan Rasul terakhir
kepada seluruh alam dan tiada yang terkecuali darinya.
Sejak ALLAH SWT menciptakan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. dan
isterinya Hawa, manusia telah berkembang dari keduanya sehinggalah lahirnya
manusia yang berbilang bangsa dan agama yang mengamalkan perbagai bahasa,
budaya, pakaian dan adat istiadat.
Seorang demi seorang Nabi dan Rasul telah diutuskan kepada kaumnya. Adalah
diberitakan bahawa Nabi yang diketahui adalah seramai 124,000 orang dan rasul
yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang termasuklah Nabi Muhammad s.a.w.
Sejak di Luth Mahfuz lagi ALLAH SWT telah meletakkan nama Nabi Muhammad
s.a.w di sisiNya.
0 comments:
Post a Comment